PeRkongSian ILmU : 9 Langkah Mencari ‘Passion’
9 Langkah Bagaimana Mencari Passion
Dalam artikel sebelum ini – Impotent Goal vs Important Goal, saya telah kongsikan serba
sedikit mengapa manusia bersikap seperti malas dan seterusnya gagal mencapai
apa yang diimpikan. Ianya turut disokong oleh petikan kata-kata Tony Robbins
yang manusia sebenarnya bukan malas, cuma mereka tiada matlamat yang jelas yang
boleh membakar semangat mereka.
People are not lazy. They simply have impotent
goals – that is, goals that do not inspire them
Seperti yang dijanjikan di akhir artikel tersebut, kali ini saya akan terangkan
pula bagaimana mencari sesuatu yang mampu membantu anda membina matlamat
mengikut langkah-langkah yang boleh dipraktikkan. Ramai antara kita yang
mungkin lebih arif dan sudah berpengalaman dalam membina kerjaya dan cita-cita.
Masing-masing mempunyai cara tersendiri dan ya, saya akui setiap individu
mempunyai cara masing-masing dalam menentukan apa yang mereka mahukan. Artikel
ini bukan garis panduan yang wajib untuk diikuti. Sekadar membantu mereka yang
buntu saban hari bangun dari tidur dan mengulangi rutin yang sama setiap hari
sambil mengharapkan keputusan yang berbeza!
Insanity: doing the same thing over and over again
and expecting different results.
Jika matlamat anda selama ini masih belum tercapai
dan anda memang mahu mengubah nasib hidup, saya sarankan anda selesaikan satu
masalah ini terlebih dahulu. Masalah tersebut ialah “passion” atau minat
yang mendalam dalam apa yang anda lakukan sehari-hari. Tiada permulaan lain,
dan ia sememangnya harus bermula dengan passion, minat dan keghairahan
anda sendiri. Kalau anda tiada minat, jangan cerita la kenapa anda gagal dalam
apa yang anda lakukan. Dan saya belum pernah jumpa satu contoh manusia pun yang
berjaya tanpa minatnya. Kalau ada, mungkin kelemahan saya kerana masih kurang
mencari. Atau jika berjaya sekalipun, mungkin dengan cara yang tidak
sepatutnya. Tapi jika demikian sekalipun, ianya masih tetap memerlukan MINAT
untuk melakukan dengan jalan yang tak sepatutnya itu, kan?
Minat saja? Bunyi macam senang saja, kan? Ianya tak
semudah itu kalau tiada usaha yang bersungguh-sungguh – dan ayat ini tetap klise
bunyinya. Tak mengapa, teruskan bacaan anda.
Begini, jika anda mula rasa seperti
malas hendak pergi kerja, tak bersemangat setiap kali bangun pagi, atau tetap
tak bermotivasi walaupun selepas dihantar training, team building, atau lebih
parah tetap tak bersemangat memulihkan prestasi selepas menerima warning letter, atau juga tetap
merasakan kerja yang anda lakukan itu seolah-olah tiada makna, kosong tapi
sentiasa perlu mengulanginya sebagai rutin kerana anda dan anak anda perlu
makan, saya sarankan anda carilah kerja baru. Tetap berkerja dalam keadaan
seperti di atas bukan saja akan membuatkan anda tetap tidak gembira, tidak
produktif malah anda juga tidak dapat menggunakan sepenuhnya potensi diri anda!
Adalah sesuatu yang tidak adil kepada diri sendiri, keluarga, rakan dan syarikat jika
anda terus-terusan begitu, kan? 

Bayangkan begini pula, anda boleh bangun awal pagi,
celik dan terus bangun dengan excited untuk memulakan sesuatu yang anda
minat, dan anda melakukannya berjam-jam tanpa rasa susah sehingga hampir-hampir
‘tenggelam’ dalam minat anda itu. Cuba bayangkan apa aktiviti tersebut dan
itulah sebenarnya passion anda.
Baik, anda mungkin sudah faham tentang passion,
tapi bagaimana untuk mendapatkannya? Baca dan fahami langkah-langkah ini.
- Ada tak apa-apa aktiviti yang anda minat sangat nak buat?
Anda ada hobi? Atau sesuatu yang anda teringin
sangat untuk buat dari kecil tapi sehingga kini masih gagal dilaksanakan?
Contohnya seperti membaca komik kegemaran, mengumpul sesuatu, mencipta atau
membina sesuatu. Mungkin salah satu dari aktiviti tersebut boleh anda jadikan
sumber rezeki, kan? Contohnya seperti membuka kedai menjual komik secara online
atau kedai kek atau apa sahaja yang bersesuaian. Anda mungkin minat memasak,
jadi fikirkan apakah yang anda dapat lakukan dengan minat memasak itu. Atau
anda gemar membeli-belah berjam-jam lamanya, fikirkan apa yang menyusahkan anda
ketika membeli belah dan anda mungkin mendapat idea dari situ!
- Topik apa yang buat anda minat untuk baca sampai berjam-jam lamanya?
Saya sendiri, jika berminat tentang sesuatu topik,
saya akan baca dan baca sampai berjam-jam lamanya. Sanggup membeli buku dan
majalah tentang topik tersebut. Waktu zaman sekolah, jika perlu pinjam, dengan
muka tak malu saya pinjam saja. Fikirkan apa topik yang selalu anda ingin tahu,
dan anda selalu membacanya dari internet. Mungkin anda akan dapat passion anda
dari situ dan mula belajar bagaimana membina kerjaya dan matlamat dari topik
tersebut. Tapi kalau waktu yang ada digunakan untuk ‘membaca’ Facebook
semata-mata, jangan mimpi anda mampu menjadi seperti Mark Zuckerberg pula!
Tip: Tanya diri anda sendiri apa yang anda ingin tahu
hari ini, senaraikan jika perlu dan cari satu per satu di internet!
- Brainstrom
Masih tak jumpa lagi passion anda? Cuba
ambil kertas dan pensel dan tulis apa saja minat anda. Senaraikan seberapa
banyak yang anda mampu. Jika tiada idea, cuba lihat sekeliling rumah, di
komputer, atas meja, atau di dinding. Mana tahu, anda pernah menampal atau
meletakkan sesuatu yang menggambarkan minat anda tanpa anda sedari. Usah nilai
dahulu dan teruskan menulis sebanyak mungkin. Kita akan nilai dan bincangkan
kemudian.
- Tanya dan cari
Tak banyak sangat minat yang anda boleh senaraikan?
Wah, agak menarik ni!
Baik, cuba
mulakan pula dengan berbual dengan rakan-rakan atau orang sekeliling yang anda
kenali. Tanya apa minat mereka, dan apa yang mereka sanggup lakukan berjam-jam
lamanya. Mungkin ada contoh yang boleh membantu. Tapi tidak perlu meniru.
Lakukan dengan cara anda. Selain itu, teruskan mencari sendiri dan jangan
mengalah.

Tip: Saya suka menonton Bear Grylls dalam Man vs Wild.
Anda pula mungkin suka menonton aksi mendiang Steve Irwin dengan aksi menangkap
buayanya. Sekadar menyatakan beberapa contoh mereka yang mempunyai passion yang
tinggi dalam apa yang mereka lakukan. Anda mungkin ada minat dalam sesuatu
sehingga ke tahap itu? Jadi mungkin itu passion anda!
- Dah jumpa? Eh, tapi jangan berhenti kerja dulu! Baca lagi!
Di awal tadi ada saya sarankan anda berhenti saja
dari melakukan pekerjaan yang anda tak suka, kan? Tapi janganlah jam-jam tu
juga anda berhenti. Lepas tu cari saya pula sebab saya yang nasihatkan
anda berhenti! Hehe. Begini, jika anda sudah menemui passion
anda, cuba buat sebagai side job atau part time untuk tempoh
beberapa bulan akan datang. Anda boleh nilai sendiri selepas itu sama ada passion
anda tersebut berguna sebagai sumber rezeki atau pun tidak. Jika terbukti
berguna, mulakannya sebagai punca modal anda sebelum anda betul-betul boleh
mulakannya sepenuh masa. Tapi jangan pula sampai menjejaskan komitmen pada
kerja asal anda sekarang. Kalau tidak, bukan saja anda, siap boss anda sekali
cari saya! Letih Pak Teh!
- Cuba dulu
Seperti item nombor 5 di atas, saya sarankan anda
mencuba dahulu minat anda itu sebagai hobi atau part time. Ini kerana
untuk betul-betul mendapat passion yang bersesuaian mungkin mengambil
masa. Mungkin anda rasakan minat tersebut berguna pada awalnya, tapi selepas
mencuba beberapa ketika baru anda sedar minat tersebut tidak membawa apa-apa
faedah apatah lagi sebagai penambah angka dalam akaun bank anda. Selain dapat
mencari minat yang betul, anda dapat berlatih dan mengumpul segala ilmu dan
pengalaman sebelum betul-betul menceburkan diri dalam bidang tersebut. Begitu
kan lebih selamat!
- Buat kajian
Jangan malas buat kajian dan jangan malu bertanya.
Anda kini sudah pun mengetahui minat anda, tapi tak tahu bagaimana ingin
memulakannya maka saya sarankan anda cari seseorang yang anda boleh jadikan
rujukan dan contoh atau lebih tepat sebagai idol anda. Jika dapat bertanya
secara personally, tanyalah setiap ilmu yang perlu. Jika tidak, kajilah
bagaimana beliau membina karier dengan minatnya. Kaji mengapa beliau memilih
nama perniagaannya, warna dan lokasinya atau apa sahaja yang bersesuaian.
Bayangkan pula jika idol anda tersebut berada dalam situasi atau masalah anda,
apakah agaknya yang akan dilakukan untuk menyelesaikannya?
- Berlatih, berlatih dan berlatih!
Jangan mulakan kerja anda sebagai perniagaan
sendiri secara sepenuh masa jika anda rasa anda masih amatur. Belajar dan
berlatih sehingga mahir dan professional. Ingat, ini kerjaya anda dan anda
lakukannya kerana minat anda sendiri. Jangan hancurkannya kerana kegopohan
anda. Anda mungkin akan habiskan kerjaya ini sehingga umur anda 60 tahun, jadi
anda perlu betul-betul ‘masak’ sebelum terlibat secara sepenuh masa. Sekurang-kurangnya
sehingga ke tahap anda yakin anda mampu berdepan dengan segala masalah dan
muslihatnya!
- Jangan berhenti dan mudah mengalah. Fokus!
Anda mungkin gagal menjumpai minat anda, tapi
jangan berhenti berfikir dan mencari. Mengalah selepas baru mencuba beberapa
hari memang akan gagal. Teruskan walaupun mengambil sedikit masa. Insya Allah,
jika betul niat dan usaha, Allah pasti menolong hambaNya mengubah nasib
sendiri. Jika masih belum berjaya dengan passion yang ada, mulakan
mencari minat yang baru. Mungkin minat tadi sebenarnya bukan pembakar semangat
anda!
Semua 9 langkah ini mungkin merupakan kerja baru
untuk anda. Ia mungkin memerlukan masa dan usaha yang berterusan. Rancang
dengan baik.
Ingat,
Mulakan mencari passion terlebih dahulu dan
saya akan terangkan dalam artikel akan datang bagaimana membina strategi dan
langkah mencapai matlamat tersebut!
Comments
Post a Comment